top of page
0b9a973f-4aaf-40a7-9ba0-8f29a7135734.jpg

RESPON
COVID-19

IMG_2310.JPG

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua lapisan masyarakat mengalami kesukaran untuk menghadapi impak pandemik Cov-19 yang datang secara mengejut. Perubahan yang pantas ini telah meruntuhkan struktur 'supply-chain' diperingkat lokal dan global. Cabaran ini adalah lebih besar kepada golongan belia, wanita dan kanak kanak, dan komuniti marginal seperti orang asli, termasuk juga yang tidak berdokumentasi seperti  imigran dan pelarian. Ini kerana saluran bantuan yang diberikan kerajaan Malaysia melalui pakej ransangan seperti PRIHATIN adalah umumnya kepada rakyat Malaysia yang mempunyai akses internet, teknologi dan perbankan.

Atas dasar solidariti dan semangat setiakawan, KAMY bersama pelbagai NGO , CSO dan juga agensi kerajaan tertentu telah turut serta dalam kempen besar-besaran #KitaJagaKita. Sebagai pertubuhan belia yang mempunyai jaringan yang besar, KAMY telah menjalankan empat kempen respon Cov-19 seperti tertera di bawah, untuk meningkatkan daya tahan komuniti.

 

Sebagai sebuah kumpulan belia yang berteraskan prinsip #KeadilanIklim, kami melihat krisis Cov-19 ini adalah seperti krisis iklim. Kedua-duanya adalah bukan sahaja isu alam sekitar semata-mata, tetapi juga isu sosio-ekonomi, politik, etika, dan hak asasi manusia. Exploitasi manusia terhadap alam sekitar tanpa pengurusan yang bijak dan mampan telah  menjejaskan keseimbangan ekosistem dan membuka pintu untuk lebih banyak virus berbahaya seperti COVID-19. Saintis berpendapat bahawa krisis iklim adalah 'multiplikator' yang  akan memburukkan keadaan ini.

 

Oleh itu, solusi jangka pendek bukanlah solusi sebenar jika kita ingin mencapai tahap pemulihan yang adil dan hijau pasca COVID-19. Hubungi KAMY di inquiry@klimaactiomalaysia.org untuk makluman lanjut.

Hands Red

Ini adalah satu platform untuk pelajar pelajar universiti membantu sesama sendiri  dan organisasi semasa PKP. 

#Sapot
Member

Ini ialah satu inisiatif kolaboratif KAMY bersama NGO NGO belia lain untuk mobilisasi bantuan kepada komuniti Orang Asli di semenanjung Malaysia semasa PKP.Jumlah keluarga terkini;1548 bersamaan

6192 individu

SISKOBOL.png

#MisiBantuOA

Inisiatif ini adalah satu kolaborasi  bersama KAMY dan komuniti permakultur belia  dari Asia Tenggara untuk dokumentasi aktiviti permakultur oleh anak-anak muda sepanjang pandemik COVID-19 di Asia Tenggara. 

Watercolor Leaves

Grassroots
Permaculture
Action

Siri Webinar 

kolaborasi bersama

Siri webinar dan bengkel ini adalah kolaborasi KAMY bersama NGO , CSO dan Universiti fokus kepada impak krisis iklim , impak covid19 ,impak kepada Orang Asli, impak kesihatan dan juga impak jerebu

wfh_9.png
bottom of page