top of page

Kitaran UPR ke-4 Malaysia
Penglibatan COMANGO & KAMY dalam proses UPR

Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review, UPR) ialah mekanisme Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Human Rights Council)

...di mana setiap negara anggota menjalani penilaian setara (peer review) terhadap rekod hak asasi manusia setiap 4.5 tahun. Negara anggota lain memberikan syor-syor kepada negara yang sedang disemak, dan negara yang sedang disemak boleh memutuskan sama ada untuk menerima, menerima sebahagian atau mengambil maklum cadangan yang diterima. Sebaik sahaja keputusan berkenaan syor-syor dibuat, negara yang disemak kemudian mempunyai masa sehingga kitaran UPR seterusnya untuk melaksanakan syor-syor tersebut.

Bagaimana Malaysia terlibat dalam proses ini?

Mula-mula, kerajaan Malaysia akan menyusun laporan kebangsaan, yang memperincikan situasi hak asasi manusia negara kita dan kemajuan yang dicapai sejak semakan terakhir pada 2018. Laporan ini sangat penting dalam proses UPR.

Pada masa yang sama, pelbagai organisasi masyarakat sivil di Malaysia dan NGO tempatan mengemukakan laporan mereka sendiri. Perspektif alternatif ini memberikan pandangan menyeluruh tentang landskap hak asasi manusia di negara ini, melengkapkan atau mencabar laporan rasmi kerajaan.

Apa itu COMANGO?

COMANGO (Gabungan NGO Malaysia dalam Proses Semakan Berkala Sejagat) ialah sebuah gabungan masyarakat sivil yang ditubuhkan pada 2008.


Ia menyatukan pelbagai organisasi hak asasi manusia untuk mengambil bahagian dalam proses UPR Malaysia.


COMANGO memainkan peranan penting dengan menyediakan laporan alternatif tentang situasi hak asasi manusia negara, memastikan perspektif masyarakat sivil didengar bersama laporan rasmi kerajaan.

Writing Paper

Hasil kitaran UPR ke-4 Malaysia

Jumlah syor-syor yang diberikan: 348
Diterima sepenuhnya = 182
Diterima sebahagian = 41
Diambil maklum = 125

Syor-syor daripada dokumen Hasil UPR yang Malaysia terima sepenuhnya (berkaitan dengan krisis iklim & Perniagaan dan Hak Asasi Manusia):

  • 55.207 Mengambil kira hak wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya dalam strategi perubahan iklim (Timor-Leste)

  • 55.208 Mengambil kira hak wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya dalam strategi penyesuaian perubahan iklim (Viet Nam)  

  • 55.209 Mengambil kira hak wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya dalam strategi perubahan iklim (Emiriah Arab Bersatu)

  • 55.210 Menggabungkan hak wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya ke dalam strategi perubahan iklim (Persekutuan Rusia)

  • 55.214 Memperkukuh pelaksanaan Prinsip Panduan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, termasuk dengan menyegerakan kesimpulan pelan tindakan nasional perniagaan dan hak asasi manusia pertamanya (Thailand)

Source: Outcome Document / Addendum

https://www.ohchr.org/en/hr-bodies/upr/my-index

Mengapa proses UPR penting?

  • Proses UPR mengiktiraf bahawa perubahan iklim menjejaskan hak asasi manusia​
    Termasuk hak untuk hidup, kesihatan, makanan, air, perumahan, dan penentuan nasib sendiri. Ia menyediakan platform penting untuk membangkitkan isu hak asasi manusia berkaitan iklim di peringkat global.

  • Melalui UPR, NGO boleh menekan kerajaan untuk membangunkan pelan tindakan dan dasar yang berkesan dan inklusif
    Proses ini menggalakkan kerjasama antara kumpulan hak asasi manusia dan alam sekitar, mempromosikan pendekatan berasaskan hak untuk advokasi iklim.

  • Penglibatan dengan UPR boleh memberi visibiliti kepada realiti dan pengalaman di lapangan serta menyediakan platform untuk CSO mempertanggungjawabkan kerajaan
    Penjadualan kitaran UPR semasa yang bertepatan dengan CEDAW mewujudkan peluang untuk membangunkan advokasi berasaskan hak, bagi iklim dan alam sekitar.

0c3f6cf3-42e9-42a7-8cde-e233fbdb02fd (1).jpg

Bagaimana ini boleh membantu advokasi anda?

1. Mengintegrasikan hak asasi manusia ke dalam dasar iklim

Kumpulan alam sekitar boleh menggunakan syor-syor UPR yang diterima oleh Malaysia apabila terlibat dalam proses seperti Pelan Adaptasi Nasional dan Akta Perubahan Iklim. Pendekatan ini memastikan dasar berkaitan iklim menggabungkan perspektif berasaskan hak.

2. Bekerjasama dengan KAMY / COMANGO

Kami menggalakkan organisasi alam sekitar dan hak asasi manusia untuk berkolaborasi dengan kami dan mengambil bahagian secara aktif dalam proses pelaksanaan UPR. Kerjasama ini mengukuhkan advokasi hak alam sekitar.

3. Memupuk interseksionalitas

Proses UPR menyediakan peluang unik untuk merapatkan jurang antara kumpulan alam sekitar dan hak asasi manusia. Melalui bekerjasama, kita boleh menangani sifat persimpangan perubahan iklim dan isu hak asasi manusia, mewujudkan penyelesaian yang lebih komprehensif dan inklusif.

4. Pertanggungjawabkan kerajaan

Hasil UPR berfungsi sebagai alat yang berkesan untuk masyarakat sivil memantau dan memastikan tindakan iklim Malaysia selaras dengan komitmen hak asasi manusia antarabangsanya. Mekanisme akauntabiliti ini membantu mengekalkan tumpuan pada objektif alam sekitar dan hak asasi manusia.

bottom of page